Friday 20 December 2013

WANTA vs PEREMPUAN

Assalamualaikum kwn2....

     Lama dah saya tinggalkan blog ni tanpa apa2 cer.betul x?Baru2 ni saya ada menonton Pencetus Ummah dgn temanya Bidadari Syurga.Kwn2 pun ada menonton kan?Tajuk saya kali ini bersesuaian dgn tema PU minggu ni.

     Sebelum saya menulis dgn lebih lanjut,saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya apa yg bakal saya tulis ni akan menyentap dan menyinggung mana2  hati tanpa saya sedari.Saya harap kalian memahami bahawa saya menulis ni demi kebeikan kita bersama terutamanya yg sejantina dan seagama dgn saya.
     
      Bagi saya WANITA dan PEREMPUAN mempunyai definisi yg berlainan walaupun sejantina.Setiap WANITA adalah PEREMPUAN tapi tak semua PEREMPUAN itu WANITA.
 
       WANITA:seorang yg pandai menjaga diri,akhlak dan maruah diri,keluarga masyarakat,agama dan negara.
     
         PEREMPUAN:sifat yg berlawanan dgn WANITA
\
     Kita semua sebagai seorang WANITA seharusnya berbangga dgn keindahan iman,akhlak dan perasaan malu yg dikurniakanNya kepada kita semua.
 
     Saya pernah mendengar suatu cerita yg berbunyi begini.Pada suatu hari ada seorang lelaki muslim yg baru dikurniakan seorang anak.Lalu dia pergi berjumpa dgn salah seorang Sahabat Baginda Nabi S.A.W.Beliau bertanyakan kepada Sahabat Nabi."Wahai tuan,boleh x kalau tuan tolong ceritakan kepada saya bagaimana cara untuk mendidik anak?".Lalu Sahabat Nabi menjawab"Wahai saudara,kamu sudah terlewat.Proses mendidik anak bermula sedari mencari bakal ibu kepada anak ini bukannya ketika anak ini sudah lahir".

  Kawan2,ini menunjukkan kepada kita betapa pentingnya untuk seorang lelaki mencari seorang WANITA bukannya PEREMPUAN sekiranya kita ingin membentuk para mujahid dan mujahidin yg berani demi mempertahankan syiar Islam.

    Pesanan saya untuk kaum ADAM.WANITA bukanlah pakaian yg boleh ditukar ganti apabila berbau.Mereka juga bukan bola sepak yg boleh ditendang ke sana sini.Mereka juga bukan anak patung yg boleh dijadikan tempat kita melepaskan geram bila marah,dipeluk dan dicium bila gembira.Tetapi,WANITA ialah insan yg x boleh ditukar ganti,yg x boleh ditendang ke sana sini dan juga bukan tempat untuk melepaskan geram.Mereka juga bakal menjadi bidadari si suami di dunia dan di syurga firdausi.

   Sekian sahaja coretan saya untuk kalian semua pada kali ini.
   Sekian,Wassalam.....Bye2

    Hayatilah bait2 indah ini.Khusus untuk kita semua MUSLIMAH




Tuesday 3 September 2013

Pembukaan Kota Makkah Al-Mukarramah(10 Ramadhan 8 Hijrah)

Masjidil Haram,Makkah Al-Mukarramah



Subhanallah.......cantik x kwn?


              Apabila ditanya tentang hajat untuk ke kota suci ini,jawapan yg sering kita terima ialah"Of course la teringin tak kan x nk kowt,nnti org kata apa plk klau kata x teringin".Sy nk tanya,kenapa kita mesti nk kene ikut ckp org? x perlu dikisahkan ckp org asalkan niat kita baik ,betul dan ikhlas kerana Lillahi Taala.


            Kwn2 yg sy sayangi,kwn2 nk taw x apa antara keajaiban Mekah?Jawapannya ialah ia merupakan tempat yg yerpelihara drpd sebarang perkara yg  blh memusnahkan ia kecuali apabila tiba waktunya.Kwn2 sume tentu pernah dengar tentang sejarah Pembukaan Kota Mekah.


      Pembukaan Kota Mekah terjadi pd 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah apabila Kaum Musyrikin Mekah telah memungkiri perjanjian Hudaibiah yg telah ditandatangai bersama Rasulullah S.A.W. dan umat Islam dengan membantu Bani Bakar menceroboh ke perkampungan Bani Khuzaah yg telah memberi kesetiaan kpd Junjungan Besar nabi Muhammad.

   Baginda agak marah apabila mendapat tahu tentang perkara tersebut.Jadi,baginda telah merangka beberapa strategi untuk menakluki Kota Mekah Al-Mukarramah.Antara strategi baginda ialah:-
  • Membuat tiga tuntutan 

          -membayar DIAT(pampasan)kepada waris Bani Khuzaah yg terbunuh
          -mengutuk perbuatan Bani Bakar membunuh Bani Khuzaah
          -berperang dengan umat Islam

Sy nk tanya kwn2,apa yg diaorang pilih?Jeng3....kaum musyrikin Mekah telah mengisytiharkan bahawa mereka lebih memilih untuk berperang dgn umat Islam.Tetapi,dua org pemimpin kaum Musyrikin Mekah iaitu Abu Sufyan dan rakannya telah berbincang sekali lagi dengan kaum musyrikin tentang pilihan mereka.Setelah berbincang dan mendapat kata sepakat,akhirnya mereka memilih untuk tidak berperang.tetapi keputusan mereka itu masih belum sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W.Oleh itu,baginda telah merangka strategi yang seterusnya iaitu:-
  • mengumpulkan seramai 10 000 org untuk bersiap sedia dan membina khemah yg banyak
  • menyalakan unggun api
  Tuan2 nk tahu x apa kaum musyrikin tu buat selepas tu?Dua org pemimpin terbesr mereka iaitu Abu Sufyan dan rakannya telah menyatakan keislaman mereka di hadapan Rasulullah S.A.W.Rasulullah S.A.W. dan umat Islam telah berjaya menakluki Kota mekah secara Mutlak dengan Islamnya Abu Sufyan.

   Perkara pertama yg baginda lakukan ialah:

  • mengarahkan tenteranya memusnahkan semua berhala yg ada di Kaabah
  • solat sunat lapan rakaat berhampiran Makam Ibrahim
  • menyuruh Bilal Bin Rabah azan di atas bumbung Kaabah
  • pengampunan beramai-ramai
Tuan2 nk taw tk,Baginda Rasulullah S.A.W.tlh menyatakan sesuatu yg sgt melegakan hati penduduk Mekah terutamanya musuh2 baginda.Baginda telah berkata bahawa"barang sesiapa yg memasuki rumah Abu Sufyan maka,dia akan selamat".Para penduduk kehairanan kenapa mesti Abu Sufyan sedangkan dia baru memeluk Islam.Baginda menyambung lagi"barang sesiapa yg memasuki Masjidil Haram,dia akan selamat".Penduduk Mekah semakin kehairanan kenapa mereka mesti tinggal di rumah Abu Sufyan  dan juga Masjidil Haram.Mereka mengambil keputusan utk beredar dari situ.Ketika kaki mereka ingin melangkah pergi,baginda menyambung lagi"barang sesiapa yg tinggal di rumah masing2,maka dia akan selamat."Semua penduduk Mekah berasa gembira kerana mereka kini tidak perlu lagi bimbang mengenai keselamatan mereka.

Sekian sahaja utk kali ini.Kita sambung lagi lain kali.
Wassalam................


Monday 26 August 2013

Cinta Oh Cinta

Assalammualaikum kawan2,

sy nk tanya ckit ni.siapa yang tahu apa itu cinta?x kisah la apa pun maksudnya,yang penting setiap yg bernama manusia akan merasai sendiri perasaan tersebut.

  Bagi saya,CINTA itu ialah suatu fitrah semulajadi yang ada dlm diri setiap manusia sama ada si Adam atau si Hawa yg telah Allah hadirkan dlm diri kita.Oleh itu,sebagai hamba Allah,kita mesti bijak mengawal nafsu cinta kita kerana perasaan tu selayaknya untuk yang istimewa iaitu Allah,Rasulullah pasangan kita dan ibu bapa kita.

   Bagi remaja wanita yg sdg brcouple pd saat ni,cuba tanya pd pasangan kita,wanita yg bagaimanakah yg ingin mereka jadikan sebagai bidadari mereka didunia dan syurga firdausi.Sudah tentu wanita yg pandai menjaga diri,maruah org yg mengenalinya dan yg menjaga syariat Islam agar dirinya tidak diusik oleh jejaka2 di luar sana.Dan juga yg  pandai menghiburkan mereka dan menenangkan di kala penat mencari nafkah.


Oleh itu,jgnlah kita sia-siakan fitrah yang suci yang tlh diberikan Allah dgn bercouple kerana mungkin pasangan couple kita bukan yang sebaiknya untuk kita.Jadi,jgn menyesal andai suatu hari kita dapati bahawa pasangan kita menduakan kita.Kelak,hati kita yg sakit kerana cinta yg suci hanyalah cinta Allah.


Sekian untuk hari ni Assalammualaikum..bye2


Friday 16 August 2013

SALAM PERKENALAN

Assalammualaikum wahai sahabat seagamaku yang ku cintai kerana Allah S.W.T.Terlebih dahulu ingin ku mulakan penulisanku yang tak seberapa ini kalimah Hamdallah ke hadrat Allah S.W.T. kerana telah mengizinkan ku untuk bersama-sama kalian.
   
         Aku juga barharap agar kalian sume sudi untuk membantu aku dengan memperbetulkan kesalahan yang telah ku lakukan sama ada secara sedar atau tidak.Pada pendapatku tiada istilah segan atau malu untuk seseorang memperbetulkan sesuatu kesalahan,menegur atau menasihati kerana kita sebagai orang Islam digalakkan oleh Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. untuk saling nasihat-menasihati agar agama kita iaitu Islam terus dipandang mulia.Seperti yang telah dibicarakan,tak perlu segan untuk memperbetulkan kesalahan orang lain dengan syarat,kita mesti menggunakan cara dan alternatif yang sesuai.Islam adalah agama yang mudah lagi memudahkan.Oleh itu,janganlah kita menyulitkan dan menyukarkan benda yang senang.


         Sekian sahaja coretan yang tak seberapa ini dari diriku yang lemah ini.Andai terdapat kesalahan atau kata-kataku yang menyinggung perasaan kalian harap dimaafkan.